Kelebihan Organ tiruan

  • Tidak menyebabkan kerosakan kepada tisu penerima organ tersebut dan tidak mendatangkan masalah kepada organ yang tidak boleh diterima oleh badan.
  • Dengan adanya organ tiruan, prosedur pembedahan dapat dilakukan dengan cepat. Dalam tempoh lima tahun yang lalu sahaja, seramai 10,000 pesakit telah meninggal dunia sebelum menjalani pemindahan organ. Hal ini adalah kesan daripada pembedahan pemindahan organ yang lambat dilakukan dan fungsi badan tidak dapat bertahan hanya dengan pengambilan ubat-ubatan.
  • Organ tiruan dapat mengurangkan senarai pesakit yang menunggu penderma organ. Contohnya, jantung tiruan dapat memanjangkan jangka hayat sehingga penderma organ diperolehi dan pemindahan jantung dapat dilakukan.
  • Matlamat lain penciptaan organ tiruan ini adalah untuk mengurangkan kos sama ada kos yang ditanggung oleh kerajaan mahupun pesakit. Organ tiruan dikatakan mampu mengurangkan kos rawatan, diagnosis dan pengurusan klinikal.
  • Pada masa sama, organ tiruan mungkin dapat memberikan mutu hidup yang lebih baik dan membolehkan pesakit menjalani rutin harian seperti biasa selain dari mengelakkan pesakit daripada hanya terbatas kepada perbaringan di katil hospital sepanjang masa. Buktinya, penciptaan kaki palsu atau kaki tiruan membolehkan seorang atlet yang mengalami kecacatan untuk kembali aktif semula.